Kisah Seram - Penanggal!!Balan-balan



- Penanggal mengganas lagi!!Bila nampak shj tajuk cam ni..rasa nak kecut perut pun ada...Tp crita ni mmg real, aku dpt dr saudara aku sendri.Tak tau la pula kalau dia ni kaki penipu..Benda ni berlaku kat kg kami(sempadan penampang).

Menurut ceritanya,kejadian ni berlaku kira2 pkl 10.++mlm cam tu la.Ada sorang pakcik ni, kebetulan baru balik dari kenduri arwah..dlm perjalanan tu tak de la pla trjadi apa2.Bila nak sampai je kat depan rmh,dia tdgr bunyi..seakan bunyi burung+ayam.Mula2 tu dia tak la pula rasa apa2.Tp makin lama bunyi tu makin dkat seolah2 ada kat belakang.Bila di toleh je nak tgk apa benda tu.. Hah! kat depan..kira2 2 meter je kat depan dia..benda penanggal tu siap sengih lagi dgn usus terburai.Pakcik ni mmg berani..dia siap masuk rmh ambik parang panjang g nak tetak penanggal tue.Isteri pakcik ni pula seorang bomoh..siap 'tag team' g nak lawan penanggal tue.Bila je dibaca jampi serapah..takde ga jadi apa2..penanggal tu masih g tercegat kat tempat tadi.Pakcik ni pula..mula lah baca ayat2 suci al-quran dan kursi..pun..masih takde pa2 berlaku.
Penanggal tu mula naik berang apabila pakcik tu mula nak menetak mnggunakan parang.bila pakcik tu tetak kekanan..penanggal tu mengelak kekiri,ditetaknya belah kekiri..dia elak kat kanan.Penanggal ni pula tak bagi can..dia pun nak cabar gak pakcik n makcik tue..ia melayang2 spt cuba mencari peluang untuk membaham seorang drpd mereka..Bila keadaan bertambah genting..pakcik tu ngan isterinya masuk dlm rumah..tak sanggup g nak lawan penanggal tadi.Buat seketika,penanggal tu terbang mengelilingi rumah pakcik tue..(mungkin tak puas hati la ni)."kriuk kriak" bunyi atap zink tu,bila penanggal tue 'landing' kat situ.Tak tau la pla bila masa penanggal tue beredar dari situ pun pakcik tu tak tau.Keesokkan harinya,dia meminta pertolongan beberapa jiran kat kg tu tuk menangkap orang yang disyaki(siang hari menjadi orang biasa,waktu malam menjelma mnjadi penanggal ).Bila tiba kat depan rumah org yg disyaki..abangnya datang dan merayu..jgn diapa2kan adiknya..Dia menjelaskan adiknya menjadi begitu bukanlah atas kehendaknya sendiri..tp telah menjadi mangsa..semasa bersalaman dgn orang yg tidak dikenali.(aku dgr ilmu penanggal ni boleh diturunkan melalui byk cara,salah satunya bersalam sambil membaca ayat kepada orang yg disalamnya).Memang heboh cerita penanggal ni kat kg kami.Aku pla pd waktu tu blajar kat Shah Alam,jd tak berapa pasti samada cerita ni benar ataupun tidak.

p/s:Hati2 semasa bersalam ngan orang yg tak dikenali... 

LihatTutupKomentar